Gambar di bawah menunjukkan Pegawai Lapangan Kebun Organik CAP, Theeban Gunasekaran dengan benih pusaka (benih Kacang Itik) dari ladang organik petani Cheah Sin Chor di Kelantan. Benih-benih itu dikongsi dengan baik oleh Encik Cheah dengan Sam, seorang tukang kebun di rumah, yang kemudiannya berkongsi dengan CAP.
Benih ini akan ditanam dan seterusnya, dikongsi dengan orang lain. Berkongsi benih membantu memelihara varieti pusaka dan melindungi varieti tempatan yang boleh membantu komuniti kita membina jaminan keselamatan makanan.
Menyimpan benih hari ini dapat memastikan kenikmatan tumbuhan itu untuk generasi akan datang. Marilah bersama untuk kekalkan budaya menyimpan dan berkongsi benih terus hidup.