MINGGU TINDAKAN HIJAU 2025: Bebas daripada Plastik

“Inisiatif Bermakna yang Bermanfaat kepada Semua Orang”

Cik Nur Nadia Zafirah, seorang guru dari SMK Perempuan Methodist, Pulau Pinang berkongsi pengalamannya menghadiri acara Minggu Tindakan Hijau (GAW) CAP baru-baru ini:

“Menerusi program ini, saya mendapat ilmu yang berharga terutamanya mengenai cara berkesan untuk mengurangkan penggunaan plastik di samping mengamalkan alternatif semula jadi dan mampan.

“Saya sudah sedia maklum mengenai masalah manik mikro dalam kosmetik, tetapi program ini memberikan saya alternatif baharu dan praktik yang sebenarnya boleh saya cuba. Untuk lulur badan dan syampu, saya cuba menggunakan kacang kuda dan tepung kacang hijau, yang diperkenalkan semasa acara GAW, dan dalam masa seminggu saya melihat perbezaan yang nyata di mana kulit saya terasa lebih licin dan sejuk.

“Saya juga berasa gembira dapat membawa beberapa pelajar saya menyertai program ini. Saya amat percaya pendedahan awal di sekolah membantu meningkatkan kesedaran dan menyemai tabiat sepanjang hayat. Apabila pelajar berkongsi pengetahuan ini dengan rakan-rakan mereka, ia mewujudkan perubahan yang berkekalan dalam kehidupan seharian di samping mengurangkan sisa plastik.

“Satu lagi alternatif semula jadi yang menarik perhatian kami ialah penggunaan daun bunga raya dan bunga sebagai syampu. Ini bukan sahaja menyihatkan kulit kepala tetapi juga memberikan kesan penyejukan. Saya sudah pun berkongsi amalan ini dengan keluarga dan komuniti sekolah.

“Secara keseluruhannya, program ini memberi kesan yang sangat positif, dan saya amat berharap ia akan diteruskan pada masa hadapan. Terima kasih kerana menjemput kami untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna yang memberi manfaat kepada semua orang.”

“Acara yang Berkesan dan Peringatan Baik untuk Hidup Lebih Mampan”

Jenny Lim, seorang suri rumah dari Pulau Pinang yang mengambil bahagian dalam acara Minggu Tindakan Hijau CAP baru-baru ini, berkata:

“Satu perubahan yang saya lakukan dengan sangat sedar ialah berhenti menggunakan kotak plastik. Kadang-kadang apabila saya membeli barangan yang telah dibungkus, ia biasanya  dalam bekas plastik. Walaupun saya pernah menyisihnya untuk dikitar semula, kerana saya tidak pasti apa yang berlaku kepadanya, saya memutuskan adalah lebih baik untuk tidak menggunakannya sepenuhnya mulai sekarang.

“Saya juga mengingatkan keluarga saya untuk sentiasa membawa bekas pembawa makanan  mereka. Kami telah melakukan ini sejak sekian lama, dan hanya sekali-sekala, apabila kami terlupa, kami akhirnya terpaksa membeli makanan dalam bungkusan plastik. Sekarang, kami telah memutuskan bahawa jika kami tidak membawa bekas pembawa makanan, kami tidak akan membeli makanan yang dibungkus di dalam plastik.

“Ini adalah perubahan serta-merta yang saya amalkan sekarang selepas program ini, dan rasanya baik untuk lebih berhati-hati.

“Saya juga berasa amat gembira kerana menerima pokok lidah buaya semasa aktiviti perkongsian benih dan pertukaran dan ia adalah satu peringatan yang baik untuk terus hidup dengan lebih mampan.”

#GreenActionWeek2025 #sharingcommunity #breakfreefromplastic

Green Action Week