Pilihlah makanan yang padat nutrien berbanding makanan padat kalori. Apa itu makanan padat nutrien? Ia mengandungi makronutrien (karbohidrat, protein, lemak) dan mikronutrien seperti zat besi, vitamin, asid lemak perlu serta mineral yang diperlukan oleh tubuh.
Sebaliknya, makanan padat kalori pula lebih tinggi tenaga dan rendah dengan mikronutrien. Pengambilan makanan padat kalori yang berlebihan juga boleh meningkatkan berat badan anda.
Buatlah pilihan bijak.
~ Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah
(Sumber: Nutritionist KKM)