…..
…..
Nelayan-nelayan pantai di Teluk Bahang, Pulau Pinang bimbang keselamatan mereka kerana bangsal pendaratan ikan dan tempat menyimpan peralatan tangkapan mengalami kerosakan teruk.
Masalah yang sudah lama berlaku dan dihadapi oleh nelayan-nelayan di kawasan itu telah dikemukakan kepada pihak berkenaan tetapi hingga kini tidak ada tindakan yang diambil.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam tinjauan yang dibuat mendapati lantai dan dinding bangsal di sini telah pecah. Keadaan ini amat merbahaya dan jika dibiarkan boleh berlaku kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.
Sehubungan itu, CAP menggesa pihak yang bertanggungjawab menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini. Demi keselamatan dan keselesaan aktiviti nelayan di kawasan tersebut, CAP berpendapat adalah perlu kemudahan asas yang sempurna disediakan untuk mereka.