3 NGO memfailkan cabaran undang-undang berhubung keputusan Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952.
Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Persatuan Green Lung Malaysia (MGLA) dan Voice of The Children Sdn Bhd memfailkan kebenaran untuk permohonan semakan kehakiman melalui Kanesalingam & Co di Mahkamah Tinggi pada 30 Jun.
Mereka menamakan Menteri Kesihatan dan kerajaan sebagai responden pertama dan kedua.