Pelancaran Latihan Kebun Bandar

Cenderahati bahan penerbitan CAP dari Presiden Mohideen Abdul Kader kepada YB Nurul Izzah. Di kanan Dato Seri Anwar Faizal dan di kiri, Meenakshi Raman.

Ucapan oleh Mohideen Abdul Kader, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Sistem pertanian industri dan kawalan makhluk perosak semasa kita terlalu bergantung kepada input bahan kimia. Sains menunjukkan pada pendedahan paras rendah sekali pun, banyak bahan kimia ini berbahaya kepada kesihatan manusia terutamanya kanak-kanak memandangkan minda dan tubuh mereka yang sedang berkembang mudah terjejas.

Daripada usaha CAP dan pengalaman petani berskala kecil, semakin jelas pendekatan bebas bahan kimia dalam pertanian bukan hanya berdaya maju, malah akan menguatkan daya tahan pengeluaran pertanian. Kami telah menunjukkan bahawa hasil boleh ditingkatkan secara mampan, menggalakkan keselamatan dan jaminan makanan, menambah baik kehidupan, dan berjaya mengurangkan atau mengelakkan penggunaan input bahan kimia pertanian.

YB Nurul Izzah bercakap di Majlis Pelancaran Latihan Kebun Bandar CAP.

CAP juga turut aktif menggalakkan pertanian bandar atau kebun dapur dalam kalangan isi rumah. Sayuran dan herba yang ditanam dalam bekas yang mudah boleh membantu keluarga memenuhi keperluan mereka untuk mendapatkan hasil yang segar dan berkhasiat serta bebas daripada sisa bahan kimia. Selain itu, ia juga mengurangkan perbelanjaan makanan mereka. Ini boleh disepadukan dengan pengumpulan air hujan dan kompos kebun serta sisa organik dapur.

Subbarow member penjelasan mengenai projek pertanian Bandar CAP.

Projek kebun sekolah CAP juga telah meningkatkan kesedaran pelajar akan pentingnya pengeluaran makanan dan menyediakan mereka dengan latihan dalam pertanian, pendidikan  pemakanan praktikal dan juga memasarkan hasil mereka. Niat kami adalah untuk menyemai dalam kalangan kanak-kanak dan belia bahawa pertanian adalah laluan kerjaya yang berdaya maju.

Paradigma lama perindustrian, intensif tenaga dan pertanian toksik adalah konsep masa lalu. Sumber semula jadi kita seperti tanah, dan biodiversiti pertanian telah merosot atau hilang dan dalam beberapa kes tidak dapat dipulihkan. Sementara itu, perubahan iklim sudah pun meninggalkan kesan dalam sektor pertanian, dan akan bertambah buruk pada masa depan.

YB Nurul Izzah menanam pokok tomato.

Semua realiti ini menggesa kepada tindak balas khusus pada peringkat dasar. Pertanian berskala kecil dan kaedah pertanian ekologi menyediakan jalan ke arah menyediakan jaminan keselamatan makanan, mengelakkan krisis makanan dan memenuhi keperluan kita.

Malaysia mestilah mempunyai sasaran yang tinggi dan pelan strategik untuk negara. Contohnya Bolivia mensasarkan untuk menjadi mampu diri sepenuhnya dalam pengeluaran makanan menjelang 2020 dengan meningkatkan kemampuan tempatan. Kerajaan Bolivia memperuntukkan dana untuk menyokong petani dalam pengeluaran makanan mampan dan melabur dalam projek jaminan keselamatan makanan. Niatnya juga adalah untuk mengurangkan atau menghentikan import makanan yang bukan hanya menambah baik kehidupan petani tempatan dan perniagaan, malah membantu mengurangkan pelepasan gas.

YB Nurul Izzah memetik kacang bendi di kebun CAP.

Contoh lain termasuklah negara kecil di pergunungan iaitu Bhutan yang mengumumkan pada 2011 sasarannya untuk menjadikan sistem pertanian negara 100 peratus organik menjelang 2020. Kerajaan Denmark juga bekerja dalam pelbagai cara untuk menukarkan seluruh pertanian negara kepada pertanian organik dan mampan. Pada 2015, ia mengumumkan rancangannya untuk meningkatkan dua kali ganda pertanian organik, dan menyediakan lebih banyak makanan organik di institusi awam negara menjelang 2020.

Sikkim di India kini menjadi negeri 100% organik, dengan tiada racun makhluk perosak kimia atau baja kimia dan tiada organisma ubah suai genetik (GMO). Ini menunjukkan bahawa makanan organik di seluruh rantau ini boleh dilaksanakan. Oleh itu, kami menggesa kerajaan Malaysia supaya melaksanakan dasar dan program yang kukuh bagi pertanian mampan bebas bahan kimia. Dana juga perlu

15 Januari 2022