Bahan api fosil adalah istilah bagi sumber tenaga tidak boleh diperbaharui seperti arang batu, produk arang batu, gas asli, gas terbitan, minyak mentah, produk petroleum dan bahan buangan tidak boleh diperbaharui.
Menghasilkan dan membakar bahan api fosil menimbulkan pencemaran udara yang membahayakan kesihatan kita dan menjana pelepasan toksik yang mendorong perubahan iklim.
“Peralihan daripada bahan api fosil bukan sahaja mungkin malah ia penting untuk masa depan kita. Kesihatan untuk semua mesti diutamakan sebelum keuntungan bagi segelintir orang,” kata WHO.