PROMOSI BUKU CAP DI SELURUH KEDAI 20 Apr-20 Mei
CAP memberikan diskaun 30% untuk buku-buku kami dalam bahasa yang berbeza.
ISBN 983-104-202-6
Saiz Buku: 140 x 215 mm
Halaman: 226
Kandungan buku ini
• Kolagen daripada banduan yang ditembak mati dan uri serta janin yang digugurkan digunakan dalam kosmetik
• Hampir 3,000 bahan penambah digunakan dalam makanan dan kebanyakannya diambil daripada binatang atau sumber yang meragukan. Di antaranya, derivatif rambut manusia yang ditambah ke dalam roti atau piza, dan pewarna daripada serangga yang dihancurkan dalam makanan kegemaran anda.
• Serbuk plasma darah menggunakan darah dari rumah sembelihan untuk membuat bebola ikan, burger dan daging yang diproses.
• Gelatin (protein babi) dalam pelbagai jenis makanan dan produk bukan makanan.
• DNA babi daripada gelatin ditemui dalam filet dada ayam dan gelatin dalam lain-lain makanan berdaging.
• Status makanan di hotel dan restoran.
• Logo Halal palsu pada bermacam jenis makanan
• Pelbagai logo halal di pasaran. Yang mana boleh dipercayai?
• Simulasi pati najis dalam rokok
• Ekstrak dari kelenjar anal civet dalam pewangi
• Pinggan mangkuk daripada abu tulang