PENYELESAIAN MUDAH BAGI PENCEMARAN

Jaring Saliran yang Bertindak Sebagai Perangkap Sampah

Bandar Kwinana di Australia menggunakan penyelesaian yang mudah dan kos efektif untuk menangani pembuangan sisa daripada sistem perparitan. Bandar itu meletakkan jaring pada saluran keluar paip saliran.

Jaring ini, juga dipanggil “stokin longkang” menghalang sisa dan bahan pencemar daripada meninggalkan pembetung, menghalang sampah yang diangkut oleh air hujan daripada mencemari rizab air tempatan bandar. Ia adalah sistem penapisan yang mudah dan ia berfungsi dengan baik sekali. Sisa yang dikumpul oleh jaring saliran ini termasuklah daun, pasir, botol plastik, tin, bola getah, malah kunci.

Bandar ini melaporkan bahawa dalam masa 6 bulan sahaja ia mengumpul 370 kilogram (815 paun) sampah dari 2 lokasi di mana jaring dipasang. Sampah yang dikumpul diasingkan dan semua bahan kitar semula dibawa ke pusat kitar semula yang memproses sisa terbiodegradasi dan mengubahnya menjadi baja.

Inisiatif itu menjadi tajuk utama media sosial selepas imej jaring saliran menjadi tular pada April 2018. Sejak itu, Kwinana telah dibanjiri dengan panggilan telefon dan e-mel daripada  seluruh dunia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian yang mudah namun berkesan ini untuk meminimumkan kesan alam sekitar bandar terhadap rangkaian saliran.

     

     

(Gambar daripada Bandar Kwinana)