PERJALANAN INI SANGAT SINGKAT

(Kisah hikmah)

Seorang wanita tua menaiki bas dan duduk. Di perhentian seterusnya, seorang wanita muda yang perengus menaiki bas dan menghenyakkan dirinya di sebelah wanita tua itu, banyak kali begnya terkena wanita tua itu. Wanita tua itu tetap tenang dan diam. Dengan hairan, wanita muda itu bertanya kepadanya mengapa dia tidak marah.

Wanita tua itu menjawab sambil tersenyum: “Tidak perlu bersikap kasar atau membincangkan sesuatu yang tidak penting kerana perjalanan saya dengan kamu sangat singkat … kerana saya akan turun di perhentian seterusnya.”

Pengajaran kisah ini: Setiap daripada kita mestilah faham bahawa masa kita di dunia ini sangat singkat, pertengkaran yang sia-sia, cemburu, tidak memaafkan orang lain, dan rasa tidak puas hati hanyalah membuang masa dan tenaga.  Adakah seseorang melukakan hati anda? Bertenanglah. Perjalanan ini terlalu singkat. Adakah seseorang mengkhianati, mengancam, menipu atau mengaibkan anda? Bertenang. Maafkan mereka. Perjalanan ini terlalu singkat. Adakah seseorang menghina anda tanpa sebab? Abaikannya. Perjalanan ini terlalu singkat.

Apa pun masalah yang ditimbulkan oleh seseorang itu, ingatlah bahawa perjalanan kita bersama terlalu singkat. Tiada siapa yang tahu tempoh perjalanan itu. Dan tiada siapa yang tahu bilakah perjalanan itu akan berakhir. Hargailah rakan dan keluarga. Bersikap hormat, baik dan pemaaf kerana perjalanan kita bersama sangat singkat.

– kisah yang disunting dan gambar dari Dr Fami fb