PERLUKAN RANGSANGAN MOOD? MAKAN PISANG

Pisang mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Buah kuning cerah ini juga mempunyai kesan yang menggembirakan: ia boleh berfungsi sebagai perangsang mood yang berkesan.

Inilah sains, daripada seorang penyelidik yang pakar dalam hubungan antara pemakanan dan mood. Shawn Talbott, PhD, ahli biokimia pemakanan, menawarkan pandangan berikut mengenai pisang.

Sebiji pisang mengandungi 20% daripada pengambilan harian Vitamin B6 yang disyorkan. Vitamin ini menunjukkan secara saintifik mengurangkan gejala kemurungan dan kebimbangan, mengurangkan sindrom prahaid pada wanita, memperbaiki kesan tekanan dan meningkatkan mood secara keseluruhan, demikian menurut meta-analisis 2019 mengenai bagaimana vitamin B mempengaruhi mood, yang diterbitkan di dalam Nature.

Caranya ialah kuasa Vitamin B6 untuk menghasilkan serotonin, neurotransmiter otak yang kuat digelar “hormon gembira”. Pisang sendiri merupakan sumber tryptophan yang baik (pisang bersaiz sederhana mengandungi lebih kurang 11 mg daripadanya) yang menghasilkan serotonin dalam tubuh. Pisang juga tinggi dengan serat prebiotik dan kalium, yang merupakan nutrien lain yang dikaitkan dengan mood yang baik.

Malah, orang yang makan diet yang lebih tinggi dalam kalium menunjukkan kurang gejala kemurungan dan mood yang lebih baik secara keseluruhan, demikian menurut satu kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Nutrition.

“Vitamin, termasuk B6, adalah salah satu cara untuk membantu menyokong tubuh dan minda  dalam menangani semua itu,” kata Dr Talbott. Cara terbaik untuk mendapatkan lebih B6 dalam diet? Beliau menasihatkan makan makanan lengkap seperti pisang.

~ Petikan yang disunting daripada The Healthy (28 Julai 2022)