Terdapat gerakan yang berasal dari Denmark, di mana bukannya meminjam buku untuk membaca cerita, sebaliknya anda meminjam seseorang. Idea yang diasaskan pada 2000 itu adalah untuk “menerbitkan orang sebagai buku terbuka” supaya seseorang itu boleh bertanyakan soalan mengenai kehidupan dan pengalaman seseorang serta memahami isu dengan lebih baik. Projek Perpustakaan Manusia ini kini wujud di lebih 80 negara.
Konsepnya mudah iaitu bahawa stereotaip boleh dicabar apabila mendengar cerita daripada orang sebenar (contohnya: gelandangan) yang berfungsi sebagai “buku”. Slogannya ialah “tidak menilai seseorang”. Anda boleh duduk dengan “Penagih Alkohol”, “Penghidap Autisme”, “Penghidap Bipolar” dan “Mod Tubuh Melampau” (seseorang yang melakukan pengubahsuaian tubuh yang melampau), dan sebagainya serta bertanyakan soalan, dan mendengar cerita orang itu.
Dalam suasana perpustakaan yang unik ini, soalan sukar dijangka, dihargai dan dijawab. Seorang feminis bertemu dengan seorang wanita Islam berhijab dan bertanya sama ada dia memakainya dengan pilihan atau paksaan. Seorang aktivis perubahan iklim bertemu dengan seseorang yang menganggap pemanasan global adalah adalah cerita bohong. Seorang wanita transgender bertemu dengan seorang wanita Kristian konservatif yang menganggap dia hidup dalam dosa. (CNN, 14 November 2021)
Pada masa orang ramai di seluruh dunia semakin berpecah-belah oleh gelembung media sosial, kepercayaan politik dan demagog yang menyokong perpecahan ini untuk mendapatkan kuasa, Perpustakaan Manusia yang tidak berpihak ini memainkan peranan penyatuan yang penting.
Perpustakaan yang membina jambatan ini diasaskan oleh Ronni Abergel, seorang aktivis hak asasi manusia Denmark dan yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) sebagai pertukaran pelajar dan menyaksikan iklim politik menjadi semakin berat sebelah. Dia tertanya-tanya sama ada perpustakaan manusia boleh menyatukan orang ramai seperti perpustakaan tradisional. Hanya dalam satu ini, orang yang terhina atau tidak konvensional akan dilayan seperti buku iaitu pembaca boleh meminjamkan mereka, bertanya soalan kepada mereka, mempelajari sesuatu yang mereka tidak tahu dan mencabar persepsi mereka.
“Saya mempunyai teori bahawa ia boleh berfungsi kerana perpustakaan adalah salah satu daripada beberapa tempat dalam komuniti kita di mana semua orang dialu-alukan, sama ada anda kaya atau miskin, tiada tempat tinggal atau tinggal di istana, profesor atau buta huruf,” katanya. “Ia benar-benar institusi yang paling inklusif pada zaman kita.” (CNN)
Projek ini juga mempunyai banyak aplikasi praktikal. Contohnya, perkongsian dengan Universiti Glasgow pada 2022 menggalakkan 300 pelajar perubatan menjadi pembaca dalam Perpustakaan Manusia untuk mempelajari kemahiran yang diperlukan sebagai doktor pada masa depan.
Dr Lynsay Crawford, Pensyarah Universiti berkata “kami berharap untuk menjalankan program ini pada setiap tahun supaya semua graduan Glasgow akan belajar bagaimana untuk “tidak menilai”. Ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar kami tetapi juga pesakit dan rakan sekerja yang akan mereka hadapi dalam kerjaya masa depan mereka. Pelajar perubatan perlu mempunyai asas pengetahuan yang luas yang boleh dipelajari daripada buku tradisional, tetapi untuk menjadi doktor yang benar-benar berkesan dan penuh belas kasihan, mereka perlu membangunkan kemahiran yang lebih bernuansa iaitu komunikasi, empati, mendengar, refleksi dan cara yang lebih baik untuk mencapainya, daripada melalui interaksi, dan hubungan, dengan orang dan pengalaman hidup mereka adalah buku manusia.” (Forbes, 9 Mei 2022)
Perpustakaan juga digunakan oleh syarikat (contohnya: Microsoft, Procter & Gamble, dan lain-lain) yang berminat dalam latihan kepelbagaian. Sebuah syarikat pembungkusan United Kingdom (UK) mendaftarkan Perpustakaan Manusia bagi persidangan untuk pekerjanya pada 2019.