4 CARA MUDAH UNTUK MINUM AIR LEBIH BANYAK

Adakah anda minum air yang mencukupi? Tubuh kita terdiri daripada kira-kira 60% air. Minum air membantu mengekalkan keseimbangan cecair tubuh. Air juga penting untuk kesihatan kita. Ia penting bagi banyak fungsi tubuh kita, termasuk membawa nutrien ke sel, menyingkirkan bahan buangan, melindungi sendi dan organ, dan mengekalkan suhu tubuh.

Tubuh kita kehilangan cecair melalui peluh, air mata, muntah, air kencing atau cirit-birit, dan setiap kali kita bernafas. Tidak minum cecair yang mencukupi untuk menggantikan apa yang hilang boleh menyebabkan dehidrasi, yang mengganggu keseimbangan mineral (garam dan gula) dalam tubuh anda, dan menjejaskan cara ia berfungsi.

Risiko anda untuk mengalami dehidrasi lebih tinggi dalam keadaan cuaca panas. Untuk kekal sihat dan mengelakkan dehidrasi, peraturan yang baik ialah mengambil kira-kira lapan gelas 8 auns air sehari dan lebih banyak jika cuaca panas di luar atau jika anda seorang yang aktif.

Tubuh tidak mempunyai cara untuk menyimpan air dan memerlukan bekalan yang baharu pada setiap hari. Jadi pastikan anda mengambil cecair yang mencukupi. Berikut adalah 4 cara untuk memasukkan lebih banyak air ke dalam diet anda.

(Infografik daripada University of Utah Health Care)