Makan sikit pun boleh buncit? Ini sebabnya…
Ramai ingat perut buncit cuma datang bila makan banyak atau malas bersenam. Hakikatnya, ada perkara kecil dalam hidup kita yang diam-diam menyumbang.
Kurang tidur contohnya bila badan letih, hormon lapar naik, hormon kenyang turun. Stres berpanjangan pula buat kortisol tinggi, dan lemak mudah berkumpul di bahagian perut.
Makan lewat malam juga berisiko. Waktu tidur, metabolisme perlahan, makanan lebih senang jadi lemak. Bila hormon berubah seperti menopaus atau masalah tiroid, cara badan simpan lemak pun berubah.
Postur membongkok menolak perut ke depan, duduk terlalu lama melemahkan otot perut, manakala minuman berkarbonat memerangkap gas dalam perut hingga nampak kembung. Jarang buang air besar pula buat sisa terkumpul dalam usus, menjadikan perut rasa penuh.
Kalau nak perut lebih kemas, bukan sekadar kawal makan. Tidur cukup, urus stres, banyak bergerak, dan jaga kesihatan pencernaan. Bila badan seimbang, perut pun ikut rata.
Sumber: Public Health Malaysia


