Setiap tahun pada 20 Mac, dunia menyambut Hari Kebahagiaan Antarabangsa atau Hari Kebahagiaan Sedunia. Tema tahun ini, “Prihatin dan Berkongsi” mengingatkan kita bahawa kebahagiaan berpanjangan datangnya daripada mengambil berat antara satu sama lain, merasa terhubung dan menjadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar.
Pada hari yang didedikasikan untuk kegembiraan, kebaikan dan kesejahteraan emosi, adalah baik untuk berhenti seketika dan merenung mengenai perkara yang benar-benar membawa kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup. Marilah kita mempelajarinya daripada buku CAP mengenai Rahsia Kebahagiaan.
> Kita tidak memerlukan terlalu banyak perkara kebendaan untuk bergembira; sebenarnya, mempunyai terlalu banyak daripadanya mengurangkan keupayaan kita untuk gembira.
> Menjaga diri kita tetap bebas daripada ketamakan, iri hati dan keperluan untuk menguasai orang lain; mengembangkan sikap penyayang; kerja kreatif dan masa lapang; mencari ilmu dan memperjuangkan kebenaran dan keadilan – ini adalah beberapa elemen terpenting yang akan membuat seseorang gembira dan puas.
> Hidup sederhana dan berfikiran tinggi. Di atas semua, perasaan yang mendalam. Itulah resipi asas untuk kekayaan dalaman dan kehidupan yang bahagia. Dan mungkin juga bagi kelangsungan hidup manusia.
Pemikiran yang mendalam daripada pena Martin Khor. Klik di sini untuk membeli naskhah Rahsia Kebahagiaan.
https://consumer.org.my/ms/product/rahsia-kebahagian/