Rahsia Kesihatan yang Baik

 

Orang yang paling sihat jarang menghabiskan masa setiap hari memikirkan mengenai kesihatan.

Merekamembina kehidupan yang secara semula jadi menyokong kesihatan itu.

Mereka berjalan kaki kerana ia merupakan cara paling mudah untuk bergerak ke sesuatu tempat.

Mereka memasak kerana hidangan air tangan sendiri dapat mengeratkan hubungan sesama insan.

Mereka ketawa kerana hubungan sesama manusia itu penting.

Mereka berasa sebahagian daripada komuniti kerana hidup bermasyarakat adalah lumrah kehidupan manusia.

Tiada makanan rahsia. Tiada senaman yang sempurna. Tiada suplemen yang luar biasa hebatnya.

Sekadar tabiat biasa yang diamalkan berulang kali selama bertahun-tahun.

Gaya hidup paling sihat selalunya ialah gaya hidup yang terasa paling tidak rumit.

Pilihan kecil setiap hari. Kesihatan yang lebih baik sepanjang hayat.

– kisah dan gambar daripadaKeep Your Doctor Away, Club