SAHUR SECARA SIHAT

Bersahur adalah salah satu amalan penting dalam agama Islam, terutama pada bulan Ramadan.

Untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa, amalan sahur yang sihat perlu diamalkan setiap hari. Pemilihan makanan yang sihat penting semasa sahur dan perlulah mengandungi sumber karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan bersama air kosong.

Selain itu, ada juga makanan yang sebaiknya dielakkan semasa bersahur untuk memastikan anda bertenaga sepanjang hari. Misalnya seperti makanan atau minuman berkafein, tinggi gula dan tinggi garam.

~ Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Melaka

Sumber: Nutritionist KKM