Berkebun di Bandar: Temu Bual 2
Karina Yong memiliki kebun ulam dan sayuran yang tumbuh subur di halaman belakang rumahnya di bandar. Beliau menuai apa yang ditanam untuk membuat nasi lamuni, masak lemak (dengan daun kelor), minuman herba dan hidangan lain tanpa perlu membeli bahan itu dari pasar.
Beliau menanam 4 plot pelbagai tanaman di kebunnya. Satu plot dipenuhi dengan herba seperti selasih, dil, hempedu bumi, sejenis kunyit, sayur daun geti, serai, lemuni, dan tebu hitam. Beliau juga menanam sayuran seperti kacang bendi, lada dan lada benggala hijau. Beliau berbangga memiliki 2 jenis tanaman lemuju, dan ginseng jawa.
Karina sangat menyukai plot ulam – herba ubatan ini boleh dimakan mentah dan mudah untuk ditanam dalam cuaca tropika. Jika anda baharu berkebun, beliau menyarankan supaya anda bermula dengan tanaman ini terlebih dahulu, memandangkan ia hidup liar dan tidak memerlukan banyak penjagaan; sesetengah biji-benihnya dibawa oleh burung , jadi ia mudah tersebar.
“Ulam berdaun hijau rasanya enak dan kaya dengan khasiat seperti kalsium, magnesium dan kalium. Anda boleh menyediakan hidangan dengan mudah bersamanya – hanya tumis dengan bawang putih dan bawang besar; atau potong sedikit dan masukkan ke dalam sup untuk hidangan sihat,” kata Karina.
Lemuju amat baik untuk batuk. Hanya rendam dalam air panas dan minum untuk membersihkan kahak, tambahnya lagi.
“Saya mula berkebun hanya semasa pandemik apabila perintah kawalan pergerakan pada Oktober 2020. Ia merupakan aktiviti yang kini turut dilakukan dan dinikmati oleh dua anak saya yang berusia 9 dan 12 tahun. Mereka membantu menyiram pokok, membuang rumput, atau menanam biji-benih. Amat bagus untuk meluangkan masa bersama keluarga di kebun kami,” kongsi beliau lagi.
“Saya mempunyai satu lagi plot dengan kawasan tempat duduk, di mana kadang kala saya bersarapan pagi bersama keluarga. Kebun saya semula jadi dan liar, sebahagiannya disebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menstrukturkannya dengan banyak, dan terutamanya disebabkan saya mahu menggalakkan biodiversiti, saya mahu menggalakkan pendebunga untuk datang dan mengunjunginya. Oleh itu dalam plot yang khusus ini, anda akan dapati lebih banyak pokok bunga.”
Tidak mustahil untuk memiliki kebun semula jadi, mampan dan indah walaupun anda tinggal di bandar, seperti yang dilakukan oleh Karina.
#GreenActionWeek Agroecology Fund