Selamatkan hidupan marin dengan lampu tanglung mesra alam di Perarakan Terapung Teluk Bahang

Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Malaysia Hindu Sangam (MHS) Negeri Pulau Pinang dan Pengurusan Kuil Sri Singamuga Kaliamman di Teluk Bahang.

YB Dato Seri Sundarajoo Somu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Majilis Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang (MHS) dan Pengurusan Kuil Sri Singamuga Kaliamman, Teluk Bahang menggesa para penganut supaya tidak menggunakan sebarang jenis bahan buih sintetik atau plastik semasa sambutan Masi Maga Theppa Thiruvizha terapung yang disambut pada 24 Februari 2024 di Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Perarakan Terapung ini disambut pada usia 117 tahun Kuil Singamuga Kaliamman di Teluk Bahang merupakan perayaan tepi di laut yang menarik ribuan penganut setiap tahun untuk berkunjung ke kuil ini.

Pelajar bersama lampu minyak dan menyuarakan kebimbangan mereka dalam Sidang Akhbar.

Sebuah kereta kuda terapung yang dihiasi dengan lampu dan bunga yang membawa dewa kuil akan pergi melawat laut semasa perayaan ini. Ia telah menjadi tradisi kuil ini.  Beribu-ribu penganut memasang lampu berhias tanglung untuk terapung selepas itu membuat hajat semasa lawatan kereta kuda.

Lampu berhias ini dipasang pada stirofoam dan polistirena kerana ia bahan yang ringan dan bersifat terapung. Stirofoam dan polistirena yang ringan dan terapung ini mudah bergerak di atas air laut.

Pada masa lalu, ratusan bahan berasaskan buih sintetik ini dilihat terapung di laut pada keesokan harinya selepas perarakan. Bahan buih dan plastik ini dikenali sebagai bahan pencemar laut utama yang mengancam hidupan laut.

Stirofoam dan polistirena tidak boleh terbiodegradasi dan boleh terurai kepada kepingan yang lebih kecil. Bahan ini disalah anggap sebagai makanan oleh hidupan laut seperti ikan dan penyu yang memakannya dan ini boleh mencederakan atau membunuh haiwan itu.

Pegawai Pendidikan CAP N V Subbarow.
Lampu minyak semula jadi di atas batang pisang.

Akibat daripada kesan terhadap pencemaran marin dan kesan buruk terhadap hidupan liar marin, Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, CAP, MHS dan pihak pengurusan Kuil mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada para penganut untuk mengelakkan daripada penggunaan stirofoam atau sebarang jenis polistirena dan bahan yang berasaskan plastik untuk tanglung ringan.

Kira-kira dua hingga tiga dekad lalu tanglung ini dipasang pada lapisan batang pokok pisang yang merupakan bahan semula jadi dan boleh terapung dan akhirnya ia terbiodegradasi di dalam laut.

Lampu minyak semula jadi di atas pinggan yang boleh terbiodegradasi.

Pihak pengurusan kuil telah mempromosikan alternatif mesra alam pada tahun-tahun lepas dan tahun ini sekali lagi pihak kuil sedang mengatur untuk alternatif yang lebih mesra alam.

Oleh itu CAP bersama-sama Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, MHS dan pengurusan Kuil menggesa para penganut untuk mencari alternatif yang lebih selamat dan mesra alam seperti pinggan yang diperbuat daripada pokok pinang, sekam padi, batang pokok pisang sebagai tanglung cahaya.

Amal bakti yang disertai dengan pendekatan mesra alam akan menjadikan perayaan terapung lebih bermakna untuk penganut semasa memenuhi mereka hajat mereka.

 

 

YB Dato Seri Sundarajoo Somu
Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang

V. Subbarow
Pegawai Pendidikan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Tharman Anandan
Pengerusi
Majilis Hindu Sangam Negeri Pulau Pinang

A. Kanabathy
Pengerusi
Kuil Sri Singamuga Kaliamman
Teluk Bahang, Pulau Pinang

Kenyataan akhbar, 17 Februari 2024