Hutan dan pokok menjadikan Bumi ini layak untuk dihuni. Ia menyediakan kita dengan udara dan air bersih. Dengan menyimpan sejumlah besar karbon dan menyederhanakan iklim, ia adalah pertahanan kritikal terhadap pemanasan global. Ia menjadi rumah kepada kebanyakan biodiversiti planet yang menakjubkan. Ia menyediakan teduhan, rekreasi dan kesejahteraan. Dan ia menyokongkehidupan berbilion penduduk di seluruh dunia.
Ekosistem hutan berada dalam tekanan kuat daripada bilangan penduduk yang semakin meningkat dan permintaan untuk lebih banyak tanah dan sumber. Di seluruh dunia, kita kehilangan kira-kira 4.7 juta hektar hutan tropika setiap tahun, kawasannya bersaiz Republik Dominica atau Slovakia, sering dijadikan ruang untuk komoditi pertanian seperti kelapa sawit dan daging lembu.
Banyak hutan yang masih ada semakin merosot disebabkan oleh pembalakan, penebangan untuk kayu api, pencemaran dan makhluk perosak invasive. Malah pokok di luar hutan semakin lenyap untuk memberi laluan kepada perumahan, jalan dan empangan serta untuk pertanian intensif. Kebakaran hutan yang diburukkan lagi oleh perubahan iklim, boleh menjejaskan ekosistem hutan.
Pemulihan ekosistem hutan melibatkan mengembalikan semula pokok kepada bekas tanah hutan dan memperbaiki keadaan hutan yang merosot. Serta menanam spesies pokok asli, ia termasuklah pemuliharaan tumbuhan dan haiwan liar dan melindungi tanah dan sumber air yang merupakan sebahagian daripada ekosistem hutan.
Tanah yang dibersihkan untuk perladangan yang tidak digunakan sesuai untuk pemulihan hutan. Dalam hutan sedia ada, spesies asli boleh ditanam untuk menjana semula litupan hutan. Dalam sesetengah kes pokok hutan akan tumbuh semula secara semula jadi. Pemulihan hutan juga bermaksud menjaga hutan dan hutan belantara dalam landskap yang juga termasuk ladang dan kampung.
UN Environment Programme
Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO)
#WorldEnvironmentDay2021 #GenerationRestoration #EcosystemRestoration #SaveForests