SISI GELAP PLASTIK DAN MEMBONGKAR PENYELESAIAN SEBENAR

Sembang Fireside mengenai ‘Plastik atau Planet?’. Dari kiri: Moderator Melissa Tan, Penyokong Tindakan Iklim dan Kelestarian, dan ahli panel wakil Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) & Sahabat Alam Malaysia (SAM), Mageswari Sangaralingam, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Y.B. Nik Nazmi bin Nik Ahmad, dan Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan ASEAN (AICHR) H.E. Edmund Bon Tai Soon. Gambar: Farhan Hani / Greenpeace

KENYATAAN AKHBAR

22 Oktober 2024

Gabungan Hentikan Perdagangan Sisa Malaysia: Kerajaan perlu komited kepada Perjanjian Plastik Global yang kukuh dan berkesan untuk menamatkan pencemaran plastik

Kuala Lumpur, Malaysia – Mencabar norma budaya pergantungan kita kepada plastik, melalui seni, filem dan cerita, dengan acara penglibatan awam ‘Perjalanan Menamatkan Pencemaran Plastik’ (‘Journey to End Plastic Pollution’) oleh Gabungan Hentikan Perdagangan Sisa Malaysia (Malaysia Stop Waste Trade Coalition): Acara tiga hari yang berakhir pada 20 Oktober, berfungsi sebagai platform kritikal untuk menerangi realiti nyata pergantungan kita kepada plastik sebagai dorongan kolektif oleh gabungan itu, mendahului Jawatankuasa Perundingan Antara Kerajaan (INC-5) kurang daripada lima minggu lagi.

Sembang Fireside mengenai ‘Plastik atau Planet?’. Dari kiri: Moderator Melissa Tan, Penyokong Tindakan Iklim dan Kelestarian, , dan ahli panel wakil Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) & Sahabat Alam Malaysia (SAM), Mageswari Sangaralingam, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Y.B. Nik Nazmi bin Nik Ahmad, dan Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan ASEAN (AICHR) H.E. Edmund Bon Tai Soon. Gambar: Farhan Hani / Greenpeace

Menekankan keperluan bagi tindakan tegas dalam INC-5 yang akan datang, ia juga menjadi peringatan mengenai penyertaan kurang memberangsangkan Malaysia dalam INC sebelum ini. Kemuncak dalam sesi Sembang Fireside mengenai ‘Rakyat atau Plastik?’ dengan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Y.B. Nik Nazmi bin Nik Ahmad, sesi itu memaparkan perbincangan mengenai persimpangan antara hak asasi manusia dan alam sekitar, dan langkah-langkah untuk menangani isu pengurusan sisa plastik di Malaysia. Ahli panelnya termasuklah Wakil Malaysia ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan ASEAN (AICHR) H.E. Edmund Bon Tai Soon, dan Setiausaha Kehormat Sahabat Alam Malaysia dan Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Mageswari Sangaralingam, dikendalikan oleh Penyokong tindakan iklim dan kelestarian, Melissa Tan.

Dari kiri: Wong Si Peng, wakil dari Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4, sebuah pertubuhan dalam Gabungan Perdagangan Hentikan Sisa Malaysia [MSWTC]) memegang sepanduk bersama dengan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Y.B. Nik Nazmi bin Nik Ahmad. Gambar: Farhan Hani / Greenpeace
Nik Nazmi menekankan cabaran menangani sisa plastik berikutan dasar-dasar yang terpisah daripada pelbagai kementerian, yang dipisahkan lagi oleh kerajaan Persekutuan, negeri dan tempatan. Sementara Edmund Bon pula berkongsi bahawa AICHR telah merundingkan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN sejak dua tahun lalu, menggesa kementerian untuk memperjuangkan deklarasi itu memandangkan Malaysia akan mempengerusikan ASEAN pada tahun depan.

 

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Y.B. Nik Nazmi bin Nik Ahmad (kiri) melawat bersama Wong Pui Yi, wakil Gabungan Hentikan Perdagangan Sisa Malaysia. Digambarkan ialah siri Makanan Ringan Co2_karbondioksida yang diperbuat daripada sisa plastik yang dikumpul dalam komuniti Muar. Gambar: Farhan Hani / Greenpeace

Nik Nazmi juga berkongsi pendekatan yang dirancang untuk menangani sisa plastik, sementara mengesahkan keperluan bagi Malaysia menerajui agenda Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN: “Apa yang kita sedang usahakan sekarang adalah untuk mempunyai Dasar Negara atau perundangan mengenai plastik memandangkan kita akhirnya kita juga menuju ke arah Perjanjian Plastik Global, dan kita memerlukan perundangan sedemikian untuk menyatukan segala-galanya dan mempunyai pendekatan bersatu. Kita tidak boleh melepaskan peluang keemasan ini; sekian lama kita mempunyai cara ASEAN ini ‘urus diri sendiri, jangan campur hal orang’. Inilah masanya dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN adalah satu cara bagi kita melangkaui sempadan kita untuk melihat apa yang boleh kita lakukan, bersama-sama sebagai sebuah rantau.”

Memandangkan acara ‘Perjalanan Menamatkan Pencemaran Plastik’ bertepatan dengan pengumuman Belanjawan Negara 2025, persoalan timbul sama ada langkah positif kerajaan Malaysia satu langkah ke hadapan dalam memperuntukkan RM300 juta kepada Tabung Peralihan Tenaga Nasional (NETR) akan dicemari dengan kemasukan 18 loji janakuasa Sisa kepada Tenaga (Waste-to-Energy).

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Y.B. Nik Nazmi bin Nik Ahmad (kanan) melawat bersama Wong Pui Yi, wakil Gabungan Hentikan Perdagangan Sisa Malaysia. Gambar: Farhan Hani / Greenpeace

Mageswari pula membangkitkan persoalan penyelesaian palsu seperti kredit plastik dan cadangan 18 loji janakuasa Sisa kepada Tenaga (WTE) sebagai salah satu cara untuk menangani masalah sisa plastik: “Dalam INC-5, kami menggesa pertama sekali untuk mengurangkan pengeluaran plastik, kerana tanpa kewajipan yang jelas dan langkah berkesan untuk mengehadkan pertumbuhan semasa dan pengeluaran plastik, perjanjian itu akan gagal untuk menangani krisis pencemaran plastik jika kita tidak menanganinya di sumber dan ia seharusnya menjadi penghapusan secara berperingkat global kerana plastik sedang didagangkan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Y.B. Nik Nazmi bin Nik Ahmad (kanan) melawat bersama Wong Pui Yi, wakil Gabungan Hentikan Perdagangan Sisa Malaysia. Nik Nazmi di Gerai OA, salah satu gerai yang turut serta pada majlis itu. Gambar: Farhan Hani / Greenpeace

“Komuniti menentang insinerasi, jadi terdapat perkataan baharu sekarang, kemudahan ‘Sisa kepada Tenaga’ tetapi ia masih merupakan insinerator yang menyamar, dan ini tidak serasi dengan ekonomi kitaran. Insinerasi WTE sebenarnya bukan ‘tenaga boleh diperbaharui’ tetapi ia didorong sebagai tenaga boleh diperbaharui walaupun dalam NETR,” katanya lagi, disebabkan peranannya dalam mengekalkan kitaran pencemaran dan pengimportan sisa.

Wong Si Peng, wakil Gabungan Hentikan Perdagangan Sisa Malaysia berkata: “Setiap pertubuhan kami telah melakukan pelbagai aktiviti daripada pertemuan dengan komuniti, penyelidikan dan penerbitan laporan dan penglibatan dengan agensi penguatkuasaan yang meneliti isu sisa plastik di Malaysia. Ini adalah kali pertama cara kreatif dan artistik digunakan untuk berkongsi maklumat kami mengenai keadaan pencemaran plastik dengan orang ramai. Melalui kerja kami ini, kami telah melihat sisi kotor dan buruk pencemaran plastik yang memberi kesan kepada alam sekitar kita dan komuniti yang terpencil daripada penduduk bandar. Kami berharap acara penglibatan awam di kawasan yang lebih bandar, menggunakan medium kreatif ini, akan membolehkan lebih ramai orang ramai menyertai perjalanan untuk menamatkan pencemaran plastik.”

Thing Siew Shuen, Pengurus Program Kanan Greenpeace Malaysia berkata: “INC5 memberikan peluang penting untuk membentuk semula hubungan kita dengan plastik melalui Perjanjian Plastik Global. Dan Malaysia kesuntukan masa untuk mengubah haluan kerana kekurangan komitmen terhadap Perjanjian Plastik Global yang kukuh dan memberi kesan yang memberikan tumpuan kepada menangani punca sisa plastik melalui pengurangan dalam pengeluaran, meletakkan masa depan kita pada risiko yang serius.”

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Y.B. Nik Nazmi bin Nik Ahmad menulis hasratnya bagi Malaysia bebas plastik untuk ‘Tamatkan Penjajahan Sisa’. Gambar: Farhan Hani / Greenpeace
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Y.B. Nik Nazmi bin Nik Ahmad, mengamalkan apa yang yang dikatakan dengan mengambil makanan menggunakan bekas guna semula sendiri. Gambar: Farhan Hani / Greenpeace
Gambar ialah siri Makanan Ringan Co2_karbondioksida yang diperbuat daripada sisa plastik yang dikumpul dalam komuniti Muar di Johor. Gambar: Farhan Hani / Greenpeace

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Noktah, pameran kumpulan transformatif yang menyelidiki tema kritikal kesihatan planet. Setiap artis di Noktah mengaitkan pemetaan unjuran mereka dengan Matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDG), yang membimbing artis ke arah tema seperti tindakan iklim, pemuliharaan biodiversiti, penggunaan bertanggungjawab dan kesihatan. Gambar: Farhan Hani / Greenpeace

Klik di sini untuk  “The Journey to End Plastic Pollution Event Factsheet”:
https://consumer.org.my/…/FACT-SHEET-Journey-to-End…