Sodium Tersembunyi dalam Makanan

Pernah terfikir berapa banyak sodium (natrium) yang terkandung dalam hidangan kegemaran kita seperti mi goreng, char kuetiau, mi hailam dan seumpamanya?

Mi goreng sedap, tapi berapa banyak sodium (natrium) tersembunyi?

Walaupun rasanya cukup menyelerakan, kandungan sodium (natrium) dalam hidangan ini mungkin lebih tinggi daripada yang kita sangka.

Sepinggan Mi Goreng = 1,112 mg sodium! (Sumber rujukan: Malaysian Food Composition Database)

Jumlah ini bersamaan kira-kira ½ sudu teh garam, sedangkan saranan pengambilan garam sehari adalah tidak melebihi 2,000 mg sodium (natrium), bersamaan 1 sudu teh garam sehari.

Bayangkan jika anda makan lebih daripada satu pinggan! Ini belum termasuk sodium (natrium) daripada makanan dan minuman lain yang diambil sepanjang hari.

Apa yang boleh kita lakukan?

Hadkan pengambilan sodium (natrium) harian dan lebih peka terhadap garam tersembunyi dalam makanan. Langkah kecil ini penting untuk membantu mengurangkan risiko hipertensi (tekanan darah tinggi) dan penyakit berkaitan.

Ingat, makanan yang sedap tak semestinya perlu masin.

Jom lebih bijak memilih dan menyediakan makanan demi kesihatan yang lebih baik.

Sumber: Nutritionist KKM