Surat Terbuka kepada UN-HABITAT: Galakkan Sisa Sifar, Bukan Pembakaran Sisa!

GAIA dan lebih 100 kumpulan masyarakat sivil merentasi lima benua (termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM)) menggesa UN-HABITAT untuk berhenti mempromosikan insinerasi “sisa kepada tenaga” iaitu satu pendekatan yang berbahaya, ketinggalan zaman dan tidak adil terhadap pengurusan sisa.

Insinerasi TIDAK mampan. Ia memudaratkan kesihatan awam, memperdalamkan lagi ketidakadilan alam sekitar dan menjejaskan penyelesaian iklim sebenar. #BurnNot, #GoForZeroWaste!

Baca surat selengkapnya: no-burn.org/UN-HABITAT-no-waste-to-energy