Plastik yang terkumpul di lautan dan pantai kita telah menjadi satu krisis global. Berbilion paun plastik boleh ditemui dalam pertumpuan yang berputar-putar membentuk kira-kira 40% daripada permukaan lautan dunia. Menjelang 2050, mungkin terdapat lebih banyak plastik daripada ikan di lautan.
Kajian menganggarkan kini terdapat 15 hingga 51 trilion keping plastik di lautan dunia dari khatulistiwa ke kutub, daripada kepingan ais Artik ke dasar laut. Tiada satu batu persegi permukaan lautan di mana-mana sahaja di bumi ini yang bebas daripada pencemaran plastik, kata Pusat Kepelbagaian Biologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Bertindak sekarang untuk menyelamatkan lautan kita, gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN). Inilah perkara yang boleh anda lakukan:
> Menghapuskan pembungkusan yang tidak perlu dan sukar untuk dikitar semula.
> Bawa bekas, botol air boleh guna semula dan cawan kopi anda sendiri apabila keluar.
> Kurangkan penggunaan produk plastik dan kurangkan bahan buangan.
> Katakan tidak kepada beg plastik dan gunakan beg beli-belah yang boleh diguna semula.
> Apabila anda menikmati pemandangan dan pengalaman di pantai, pastikan sentiasa tidak meninggalkan apa-apa. Kumpul dan buang sampah anda.