TEBING SUNGAI RUNTUH BIMBANGKAN PENDUDUK

Tebing sungai runtuh dan pokok tumbang di kampung Raja Bashah akibat hakisan.
Paras air yang melimpah di kawasan kediaman penduduk kampung Raja Bashah.

Kira-kira 10 keluarga di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau Perak berada dalam kebimbangan kerana rumah mereka semakin hampir dengan tebing sungai yang runtuh. Hakisan yang berlaku sejak sekian lama itu telah menyebabkan pokok-pokok di kawasan tersebut tumbang.

Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati terdapat juga rumah di sini yang mengalami kerosakan akibat ancaman hakisan dan limpahan air sungai berhampiran. Jika masalah itu tidak ditangani segera tanah dan rumah mereka mungkin lenyap serta musnah terhakis.

Rumah penduduk mengalami kerosakan diancam hakisan oleh limpahan air sungai.

CAP bersimpati dengan penduduk yang terlibat dan menggesa kerajaan negeri Perak dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut. Bantuan juga harus diberikan kepada mereka yang mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda.