TELEFON BIMBIT ANDA 10 KALI KOTOR BERBANDING TEMPAT DUDUK TANDAS

Kajian menunjukkan telefon bimbit biasa membawa 25,000 bakteria setiap inci persegi, berbanding tempat duduk tandas (1,201), kaunter dapur (1,736), bekas makanan haiwan peliharaan (2,110), checkout screen (4,500) dan tombol pintu (8,643).

Kita menyentuh peranti kotor ini 2,617 kali sehari, memegang dekat dengan mata, hidung dan bibir – punca utama kuman memasuki tubuh. Ramai orang juga membawa telefon mereka ke tandas, ini tidak baik kerana kuman malah coronavirus berpotensi menular melalui  faecal-oral, kata Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat.

Menurut saintis, coronavirus dan kuman lain boleh hidup di permukaan seperti kaca, logam atau plastik sehingga sembilan hari. Walaupun penularaan Covid-19 daripada permukaan belum terbukti, pakar penyakit berjangkit berkata anda perlu membersihkan telefon anda, yang sama seperti membasuh tangan anda. Sebenarnya, Pengarah Perkhidmatan Perubatan Kementerian Kesihatan Singapura berkata membersihkan telefon bimbit merupakan langkah yang lebih penting berbanding memakai pelitup muka.

Semua cucian tangan dan sanitasi yang anda lakukan masih boleh mendedahkan anda kepada kuman yang sama yang anda baharu singkirkan, jika anda terus menggunakan telefon yang tidak bersih.

Apa yang PERLU DILAKUKAN

  • Mengelap telefon anda dengan kain serat mikro lembut akan menghapuskan kuman. Kajian pada 2013 dalam American Journal of Infection Control menunjukkan kain serat mikro lembap lebih baik berbanding kapas beralkohol bagi menghapuskan clostridium difficile – bakteria yang menyebabkan cirit-birit – daripada iPad yang tercemar. Untuk menghapuskan bakteria kebal antibiotik, meticillin-resistant staphylococcus aureus atau MRSA, keduanya kain dan kapas melakukannya dengan baik.
  • Bersihkan ruang antara telefon dan sarung telefon – ia mengandungi lebih banyak bakteria berbanding skrin.

Apa yang TIDAK BOLEH DILAKUKAN

  • Jangan gunakan telefon di tandas. Apabila tandas dipam, ia menyebarkan kuman di mana-mana, yang akhirnya telefon turut dicemari bakteria najis seperti E.coli.
  • Jangan berkongsi telefon dengan orang lain. Virus boleh menular pada telefon jika seseorang mengalami radang tekak atau selesema dan batuk pada telefon sebelum menyerahkan kepada rakan mereka.