Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia disambut pada 18 hingga 24 November 2024 bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya kerintangan antibiotik.
Apakah kerintangan antibiotik
Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk melawan bakteria. Oleh itu, antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Keadaan ini berpunca daripada penggunaan antibiotik yang tidak terkawal, berlebihan dan tidak tepat.
Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus. Antibiotik hanya digunakan untuk rawatan jangkitan bakteria sahaja.
Sila baca dan patuhi arahan pengambilan yang betul jika diberikan ubat antibiotik oleh doktor. Antibiotik perlu diambil mengikut dos yang dinasihatkan doktor.
Sumber: KKM