Lemak dan kolesterol diperlukan dalam diet harian dalam kuantiti yang sedikit untuk beberapa fungsi tubuh. Walau bagaimanapun, kita perlu bijak mengawal pengambilan makanan yang mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi supaya tidak berlebihan.
Dikongsikan tip yang boleh anda ikuti untuk menghadkan pengambilan lemak dan kolesterol. Pengambilan lemak yang berlebihan harus dielakkan bagi mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung.
(Sumber: KKM)