Pholcodine adalah sejenis ubat bagi mengawal dan menghentikan batuk jenis kering (non-productive/dry, irritating) dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. KKM telah mengeluarkan arahan panggil balik kepada semua produk berdaftar yang mengandungi pholcodine.
Perkara ini adalah berikutan pengambilan pholcodine boleh menyebabkan risiko berlakunya anaphylaxis (reaksi alahan yang serius) dengan penggunaan neuromuscular blocking agents (NMBAs).
Orang awam diminta untuk mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan daripada berlakunya risiko tersebut.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)