Pasangan dari Kluang, Johor mengalami keracunan serius selepas memakan ikan buntal yang dibeli dari peniaga di Facebook.
Ikan buntal mengandungi toksin tetrodotoxin dan/atau saxitoxin yang kuat. Ia adalah toksin sistem saraf pusat dan lebih bahaya daripada sianida.
Gejala bermula dalam masa 20 minit hingga 2 jam selepas memakan ikan beracun itu. Gejala awal termasuk kebas pada bibir dan mulut, diikuti dengan pening, kebas pada bahagian kaki, masalah untuk bercakap, hilang keseimbangan, lemah otot dan lumpuh.
Bahagian yang tersimpan racun adalah hati, gonad (ovari dan testis), usus dan kulit ikan buntal Daging ikan akan tercemar dengan toksin tersebut jika bahagian racun tidak dibuang dengan cara yang betul.
Toksin ikan buntal TIDAK boleh dimusnahkan dengan memasak atau pembekuan.
Masyarakat disarankan berhati hati dan tidak mengambil risiko memakan ikan buntal terutama dari pembekal yang tidak diketahui.
(Sumber: Public Health Malaysia)