No products in the cart.

Bulan: Julai 2015

Bantahan Cadangan Projek Hidro Elektrik Kecil Di Hulu Sungai Sungkai, Mukim Sungkai, Daerah Batang Padang, Perak

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Pihak Berkuasa Negeri membatalkan cadangan projek hidro elektrik kecil di hulu Sungai Sungkai, Mukim Sungkai, Daerah Batang Padang, Perak. SAM menyeru kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengambilkira kepentingan penduduk Orang Asli dalam Mukim Sungkai yang tidak bersetuju dan membantah cadangan projek hidro elektrik kecil yang dicadang dibina di sini....
Baca Lagi

Bantahan Projek Krematorium di Air Itam – 4,140 tandatangan diserahkan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan beberapa penduduk Air Itam telah menyerahkan petisyen dengan 4,140 tandatangan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bayan Lepas membantah pembangunan sebuah ‘crematorium’ di Mukim 16, Bandar Air Itam. Tandatangan-tandatangan tersebut dikumpulkan dalam tempoh sebulan di sekitar Air...
Baca Lagi

Kerajaan Malaysia Perlu Tarik Diri Dari TPPA Memandangkan Rundingan Akan Dimuktamadkan Pada Minggu Ini

Rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan diadakan pada minggu ini dan minggu depan di Hawaii. Dijangkakan ia adalah pusingan terakhir rundingan TPPA. Ketua Perunding dan pasukan mereka akan bertemu pada 24 – 27 Julai diikuti oleh mesyuarat Menteri Perdagangan pada 28 – 31 Julai. Menteri-Menteri dijangka menyelesaikan semua isu tertangguh dan memuktamadkan teks TPPA pada 31...
Baca Lagi

SIASAT PUNCA RIBUAN IKAN MATI DI SUNGAI TIRAM – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Tiram dekat Bayan Lepas di sini berikutan kejadian ribuan ikan mati terapung di permukaan sungai itu kelmarin. Tinjauan CAP sepanjang sungai berkenaan sejauh hampir 2km hingga ke jeti nelayan Permatang Damar Laut...
Baca Lagi

ANCAMAN SENYAP: MAKANAN GM DI MALAYSIA

Sekatan atau pengharaman pengeluaran organisma diubahsuai secara genetik (GMO) wujud di banyak negara di seluruh dunia. Namun Malaysia telah meluluskan lapan jenis jagung dan enam jenis kacang soya yang telah diubahsuai secara genetik (GM) untuk makanan, makanan ternakan dan pemprosesan. Di samping itu, kelulusan juga telah diberikan bagi kajian lapangan nyamuk GM, betik, dan pelepasan produk GM...
Baca Lagi

TUTUP SAHAJA INDUSTRI PEMBINAAN

Minggu lalu kita dikejutkan dengan berita lantai mezzanine di sebuah pasar raya di Alor Gajah tiba-tiba roboh hingga mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pekerja. Kini kita dikejutkan sekali lagi dengan berita bahawa 92.5% tapak pembinaan di negara ini tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan. Persoalannya, adakah Malaysia perlu berhenti membina...
Baca Lagi