No products in the cart.

Tahun: 2015

CAP GESA KETUA MENTERI PULAU PINANG UMUM APAKAH PROJEK YANG DICADANGKAN DI PERMATANG DAMAR LAUT

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng mengumumkan kepada penduduk negeri ini khususnya golongan nelayan di kawasan Permatang Damar Laut apakah tujuan kerja-kerja mengukur, menanda kawasan dan menggali dasar laut dilakukan oleh sebuah syarikat di kawasan berkenaan. CAP kesal walaupun perkara ini telah CAP kemukakan kepada pihak jabatan, agensi...
Baca Lagi

CAP Menggesa Kerajaan Malaysia untuk TIDAK menandatangani TPPA – Perjanjian Yang Akan Merompak Masa Depan Kita

Teks Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akhirnya dikeluarkan pada 5 November 2015. Ianya selepas hampir lima tahun Malaysia menyertai rundingan tersebut, di mana Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah secara konsisten menggesa pendedahan teks. Ia adalah tidak patut untuk kerajaan merunding suatu perjanjian yang akan memberi kesan ketara kepada kehidupan semua rakyat Malaysia, secara...
Baca Lagi

Vape Popular Dalam Kalangan Remaja CAP Gesa Kementerian Haramkan Segera

Persatuan Pengguna Pulau (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengenakan pengharaman segera ke atas penggunaan e-rokok. CAP amat terkejut apabila mendapati penggunaan e-rokok kini menjadi semakin popular dalam kalangan remaja di Malaysia. Malah lebih mengejutkan e-rokok digunakan dengan meluas dalam kalangan pelajar. Berdasarkan aduan ibu bapa dan guru dari beberapa sekolah rendah dan menengah di...
Baca Lagi

Lebih 60 Tahun Penduduk Kampung Kedah di Perak Guna Air Kotor

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri Perak, Pejabat Daerah Manjung dan Lembaga Air Perak mengambil tindakan segera menyalurkan bekalan air paip bagi kegunaan harian sembilan keluarga di Kampung Kedah, Sungai Puyu dekat Teluk Senangin di sini. Dalam tinjauan yang dibuat CAP mendapati penduduk-penduduk kampung tersebut terpaksa menggunakan air telaga yang kotor kerana...
Baca Lagi

KAJI SEMULA RANCANGAN PEMBINAAN KILANG KELAPA SAWIT DI SUNGAI RANGGAM, PERAK  – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Perak mengkaji semula rancangan pembinaan kilang kelapa sawit di Sungai Ranggam dekat Pasir Salak di sini kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan. Pembinaan kilang tersebut bukan saja berdekatan dengan kawasan perumahan yang didiami oleh lebih 4,000 penduduk tetapi juga tidak jauh dari sungai yang menjadi...
Baca Lagi

ResourceCo Asia Hantar Kembali Sisa ke Australia

Sahabat Alam Malaysia menggesa ResourceCo Asia (M) Sdn Bhd untuk segera mengembalikan sisa pepejal yang telah diimport dari Australia untuk tujuan pembuatan bahan api untuk Lafarge. Isu ini telah dibawa ke perhatian SAM oleh seorang individu prihatin yang mendapati bahawa syarikat di Taman Perindustrian IGB di Ipoh, Perak ini telah memalsukan dokumen import dengan mengisytiharkan sisa pepejal...
Baca Lagi

ResourceCo Asia Hantar Kembali Sisa ke Australia

Sahabat Alam Malaysia menggesa ResourceCo Asia (M) Sdn Bhd untuk segera mengembalikan sisa pepejal yang telah diimport dari Australia untuk tujuan pembuatan bahan api untuk Lafarge.  Isu ini telah dibawa ke perhatian SAM oleh seorang individu prihatin yang mendapati bahawa syarikat di Taman Perindustrian IGB di Ipoh, Perak ini telah memalsukan dokumen import dengan mengisytiharkan sisa pepejal...
Baca Lagi

CAP terlibat dalam Minggu Tindakan Hijau: Ke Arah Masa Depan Bebas-Toksik: Makanan dan Pertanian Organik untuk Semua

Ucapan oleh S. M. Mohamed Idris, 10 Oktober 2015 Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut serta dalam Minggu Tindakan Hijau bersama dengan 40 pertubuhan masyarakat sivil di 27 negara di Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Latin. Minggu Tindakan Hijau ialah kempen global untuk mempromosikan penggunaan lestari. Setiap tahun pada Oktober, pertubuhan di seluruh dunia mengambil tindakan bersama untuk...
Baca Lagi

Perjanjian TPP dicapai – Hari Gelap untuk Malaysia

Walaupun terdapat bantahan meluas di peringkat antarabangsa, pegawai perdagangan dari 12 negara yang merundingkan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) di Atlanta, Amerika Syarikat semalam mengumumkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan ke atas perjanjian perdagangan, yang akan mengancam manusia dan dunia. Teks muktamad dijangka boleh didapati dalam beberapa minggu lagi. Siaran media menteri...
Baca Lagi

Tangani Segera Punca Populasi Anjing Terbiar

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat prihatin dengan operasi penakaian (culling) anjing yang dijalankan di beberapa buah negeri akibat penularan wabak rabis (penyakit anjing gila) yang dialami oleh kebanyakan anjing terbiar. Walaupun tumpuan hanya diberikan kepada Pulau Pinang, kumpulan haiwan perlu juga memberikan perhatian kepada negeri Perlis dan Kedah untuk melihat bagaimana anjing terbiar ini...
Baca Lagi