No products in the cart.

Tahun: 2015

ALAM SEMULAJADI JANDA BAIK PERLU DIPELIHARA: SAM

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang mengambil tindakan segera bagi memelihara alam semulajadi di Janda Baik dekat Bentong di sini agar tidak terus terancam oleh sebarang bentuk aktiviti di kawasan berkenaan. Selain masalah kemusnahan hutan, perhatian serius juga perlu diberikan ke atas kualiti air sungai yang dibimbangi akan tercemar jika penggunaan racun pertanian dan pembuangan...
Baca Lagi

CAP BIMBANG PENCEMARAN NAJIS BABI MEREBAK DI PULAU PINANG

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran najis babi yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Kampung Titi Hitam dekat Sungai Bakap, daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di sini. Masalah yang berpunca dari sebuah kandang ternakan babi di kampung ini telah menyebabkan kawasan berkenaan diselubungi bau busuk dan...
Baca Lagi

CAP Bantah Kerahsiaan dan Fasal Non-Disclosure Sesi Townhall dan Makmal TPP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat kecewa bahawa peserta yang dijemput menghadiri sesi makmal yang berkaitan dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dikehendaki menandatangani Deklarasi Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Perjanjian Bukan Pendedahan (Non-Disclosure Agreement - NDA). Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menjemput CAP untuk mengambil bahagian dalam...
Baca Lagi

SUNGAI DINGIN TERCEMAR, SIAPA PUNYA ANGKARA – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)  menggesa kerajaan Kedah dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mendedahkan hasil siasatan tersebut kepada umum punca sebenar berlakunya pencemaran Sungai Dingin dekat Serdang baru-baru ini. CAP kesal walau pun sungai ini sudah lapan tahun mengalami masalah itu namun hingga sekarang puncanya masih belum dikenal pasti oleh...
Baca Lagi

BENGKEL BOT FIBER GLASS HARAM ANCAM PENDUDUK KUALA SUNGAI ACHEH

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengambil tindakan segera menghentikan operasi bengkel membaiki dan membuat bot fiber glass haram di Kampung Kuala Sungai Acheh dekat Nibong Tebal di sini. Langkah sedemikian perlu diambil kerana pengusaha bengkel tersebut bukan saja tidak mendapat kebenaran dari Pihak Berkuasa...
Baca Lagi

Bukti penyakit dan kanser dalam kalangan pekerja elektronik semakin meningkat:

Kesatuan global mencabar industri elektronik supaya mencegah bahaya dari bahan kimia toksik Electronic Industry Citizenship Coalition (EICC), kesatuan industri mewakili lebih 100 syarikat elektronik, bertemu di Brussels pada 16 Mac 2015 untuk membincangkan strategi pengurusan bahan kimia. Pada pertemuan itu, cabaran rasmi kepada industri elektronik ditandatangani oleh lebih daripada 200 kumpulan...
Baca Lagi
alt

SAM KESAL HUTAN SEKITAR EMPANGAN SUNGAI LEBAM MUSNAH

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Johor mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan Empangan Sungai Lebam, Pengerang dekat Kota Tinggi di sini yang mengalami masalah kekurangan air akibat penerokaan kawasan hutan di sekitar empangan itu. SAM kesal berikutan aktiviti tersebut kawasan terbabit telah mengalami kemusnahan menyebabkan 100,000 penduduk yang bergantung hidup kepada sumber...
Baca Lagi
alt

Kerja-Kerja Tanah bersebelahan Gambier Heights, Pulau Pinang: Adakah ini lagi satu Aktiviti Tanpa Izin?

Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah meninjau  aktiviti kerja tanah bersebelahan Apartment Gambier Heights, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang setelah menerima aduan dari individu yang prihatin. Berdasarkan pemerhatian, kerja-kerja tanah sedang giat berjalan tanpa sebarang papan tanda maklumat berkenaan dengan kerja di kawasan terbabit. SAM telah memanjangkan isu ini untuk perhatian Majlis...
Baca Lagi

ATASI SEGERA MASALAH TANAH SAWAH DIANCAM PENCEMARAN: CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Kedah mengambil tindakan segera bagi mengatasi pencemaran air sisa domestik dari taman perumahan yang mengancam 23 hektar sawah di Kampung Masjid dan Kampung Teroi di sini. Berikutan kejadian itu tanaman padi yang diusahakan oleh 10 petani dari kedua-dua kampung tersebut mengalami kerosakan teruk dan...
Baca Lagi

Mengapa Harga Barangan Belum Diturunkan?

Rata-rata sekarang rakyat meluahkan rasa tidak puas hati kerana sungguhpun harga petrol dan diesel telah turun namun harga barangan masih mahal. Kami di CAP bersimpati dengan keadaan ini kerana kami sendiri adalah pengguna dan memang kos taraf hidup semakin meningkat hari demi hari. Agak mengecewakan kerana tidak seorang pun yang berani  tampil untuk menjelaskan kenapa harga barangan belum...
Baca Lagi