No products in the cart.

Tahun: 2018

Papadum Mengandungi Terlalu Banyak Natrium (garam) – CAP

Papadum, kerepek rangup yang kerap dihidang bersama hidangan kaum India, didapati mengandungi terlalu banyak natrium (garam) dalam kadar yang boleh memudaratkan. Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan agar menetapkan kadar yang selamat bagi pengambilan garam dalam papadum. Jabatan Kastam seharusnya diarah memeriksa semua papadum yang diimport dan...
Baca Lagi

Pergerakan Global Tuntut Hapuskan Plastik Guna Buang, Guna Sekali

Gesaan Terhadap Pihak Kerajaan dan Korporat Agar Bebas Daripada Plastik Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Bumi pada tahun ini, #breakfreefromplastic, pergerakan global yang disokong oleh lebih daripada 1,100 pertubuhan, termasuk Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM), menggesa kerajaan di seluruh dunia  supaya mengehadkan atau menghapuskan penggunaan...
Baca Lagi

Dewan undangan negeri perlu mempersoalkan tentang pencabulan NCR di Marudi dan Tinjar, Baram 

  Di Miri hari ini, SAM telah mengatur pertemuan antara dua buah kumpulan Orang Asal, yakni dari Marudi dan Tinjar, Baram, dan ahli-ahli dewan undangan negeri Sarawak dengan tujuan menghentikan pencabulan hak tanah adat (NCR) mereka oleh projek-projek perladangan sawit. Kumpulan pertama terdiri dari masyarakat Iban di Marudi. Pada bulan Ogos yang lalu, SAM telah mengeluarkan sebuah kenyataan...
Baca Lagi

Selamatkan Generasi Depan Menerusi Usaha Memiliki dan Berkongsi Benih Tanaman

Bersempena Minggu Tindakan Hijau pada tahun ini, 45 organisasi dari 25 negara bersama-sama berkempen dengan menggunakan tema “Komuniti Berkongsi”. Sehubungan dengan minggu tindakan ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menganjurkan Hari Kongsi Benih ini demi mempopularkan usaha memiliki dan berkongsi benih dalam kalangan pengguna Malaysia. Sejak beberapa dekad lalu, dalam proses...
Baca Lagi

Memperlakukan haiwan secara kejam perlu setara dengan kesalahan jenayah lain

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dengan kes kekejaman yang dilakukan terhadap haiwan seperti anjing dan kucing. Perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mendedahkan anjing dan kucing berada di tangga teratas dalam senarai aduan kekejaman terhadap haiwan. Aduan yang dibuat semakin meningkat dalam tempoh lima tahun lepas. Pada 2016, pihak jabatan menerima 463 aduan mengenai...
Baca Lagi

Pelihara Juga Kawasan Keliaran dan Habitat Gajah

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan cadangan Kerajaan Negeri Perak untuk mewujudkan Pusat Santuari Gajah di KM20 Jalanraya Gerik - Jeli berhampiran sempadan Perak - Kelantan. Walau bagaimanapun, SAM menjangka keluasan pusat santuari yang dicadangkan seluas 40 hektar tidak mampu menangani konflik di antara hidupan liar dengan manusia khususnya gajah. Keluasan pusat santuari yang dicadangkan...
Baca Lagi

Siasat Segera Operasi Lynas Corporation

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC) menyegerakan siasatan terhadap operasi Lynas Corporation Sdn. Bhd. yang terletak di Gebeng, Pahang dan mengambil semua langkah untuk menutup kilang itu dan memindahkan semua sisa termasuk produk yang diperbuat daripada sisa yang berbahaya kepada kesihatan awam dan alam...
Baca Lagi

CAP: Samsu, Racun Sosial

Samsu adalah arak murah yang memabukkan, diminum secara meluas oleh golongan muda. Tinjauan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang menunjukkan ia biasanya diminum oleh pekerja estet dan penduduk kampung yang kini menjadi minuman bergaya dalam kalangan penduduk bandar. Ia diminum oleh golongan belia semua bangsa dan pekerja asing. Adalah menjadi satu amalan biasa bagi golongan muda untuk...
Baca Lagi

ADAKAH PENINGKATAN JUMLAH ADUAN KEPADA MAVCOM BERMAKNA KESEDARAN MENINGKAT?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merujuk kepada kenyataan baru-baru ini oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berhubung aduan yang mereka terima pada tahun ini. Kami agak ragu-ragu bahawa peningkatan dalam jumlah aduan kepada suruhanjaya berkensaan sebanyak 38.1% menjadi penunjuk sebenar peningkatan dalam “kesedaran pengguna.” Kenyataan itu mendakwa 99.4% daripada aduan yang...
Baca Lagi

SAM HARAP KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG DAN AGENSI KERAJAAN YANG BERKAITAN SERIUS TANGANI ISU PENCEMARAN NAJIS KHINZIR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya benar-benar serius dengan tindakan tegas terhadap dua ladang khinzir yang beroperasi di Gertak Sanggul di sebelah barat daya pulau yang didakwa melepaskan sisa kumbahan tidak terawat ke dalam laut. Tindakan segera diperlukan agar penduduk, nelayan dan orang awam yang sering berkunjung ke kawasan tersebut yakin dengan...
Baca Lagi