No products in the cart.

Tahun: 2020

Pemakai tali leher menekan vena mereka dan menghasilkan tekanan yang tidak sihat.

Penyelidik dari University Hospital Schleswig-Holstein Jerman berkata ia mungkin menyebabkan masalah bagi kumpulan yang sudah pun berisiko akibat masalah tekanan darah seperti perokok dan orang tua. Aliran darah serebrum, bekalan darah ke otak, didapati jatuh kepada purata 7.5 peratus dalam kalangan lelaki yang memakai tali leher, dengan tiada kejatuhan dilaporkan dalam kumpulan kawalan....
Baca Lagi

Bagaimana menentukan kesegaran ikan

MATA: Menonjol keluar dan tidak keruh, merah dan tenggelam. INSANG: Berwarna merah terang dan tidak berlendir atau gelap. SISIK: Melekat dengan kuat pada kulit. USUS: Melekat dengan kuat pada tulang dan tidak berubah warna. TUBUH: Mempunyai tekstur yang anjal dan kuat apabila dicucuk. KULIT: Cerah dan berkilat dengan bercahaya, kilauan basah dan tidak kusam dan kering. BAU: Bau seperti aroma...
Baca Lagi

Sisa antibiotik dalam daging

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa pada 2017 kira-kira 80% antibiotik digunakan ke atas ternakan ladang. Lebih banyak antibiotik digunakan pada haiwan berbanding manusia. Antibiotik digunakan ke atas ternakan ladang sebagai mencepatkan pembesarannya, untuk mencegah wabak penyakit dan untuk merawat haiwan yang sakit. Penyalahgunaan antibiotik dalam ternakan ladang dikatakan...
Baca Lagi

Kekebalan Antibiotik Membunuh

Menurut semakan Kerajaan UK mengenai kekebalan antimikrob pada 2014 mendapati jika dibiarkan tanpa dirawat, kekebalan kepada antibiotik boleh menyebabkan 10 juta kematian setahun di seluruh dunia menjelang 2050 — menelan kos sekitar $1.3 trilion. Setiap tahun kira-kira 700,000 penduduk di seluruh dunia mati akibat jangkitan yang kebal kepada ubat. Jangkitan ini membunuh kerana jangkitan ini...
Baca Lagi

Bagaimana TIDUR Menjejaskan Kreativiti

Dalam satu kertas kerja yang diterbitkan di dalam jurnal Sleep, penyelidik British James Horne, melaporkan bahawa tidak tidur semalaman pun boleh menjejaskan daya pemikiran paling kreatif atau pemikiran terpesong, yang membabitkan keadaan spontan, fleksibel dan semula jadi. Jenis pemikiran sebegini digunakan dalam kegiatan kreatif seperti menulis atau melukis, dan diperlukan untuk bertindak...
Baca Lagi

Limau Bali: Lazat dan Berkhasiat

Ramai orang mengambil oren untuk Vitamin C. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat buah tempatan yang boleh menjadi pengganti bagi oren? Ia adalah limau bali, buahnya berbentuk bulat dengan kulit yang kasar serta berwarna hijau pucat atau kuning. Dikenali sebagai limau abung, bali, gedang dalam kalangan orang Melayu, limau bali mengandungi kira-kira 45 mg Vitamin C bagi setiap 100 g bahagian yang...
Baca Lagi

Harga Ayam Melambung Tinggi

  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat terkejut oleh hakikat bahawa harga runcit ayam meningkat kepada antara RM9 dan RM11 sekilogram pada minggu ketiga Jun. Ia meningkat antara RM1.50 hingga RM3.50 dalam tempoh seminggu. Kami menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bertindak segera kerana ayam adalah sumber penting daging putih yang...
Baca Lagi

Lindungi Anak Kita Daripada ‘Wabak Tersembunyi’

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan pendedahan oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendedahkan bahawa kira-kira 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Menurut NHMS, krisis kesihatan mental yang semakin meningkat itu sebagai ‘wabak tersembunyi’. Kami merasa amat bimbang kerana kanak-kanak yang menderita masalah ini...
Baca Lagi

Harga Minimum Rumah bagi Pembeli Luar Tidak Sepatutnya Dikurangkan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar tidak melonggarkan peraturan harga bagi warga asing yang ingin memiliki hartanah di negeri ini. Kami berpendapat matlamat kerajaan untuk memulihkan sektor hartanah yang terjejas akibat pandemik Covid-19 merupakan satu keputusan yang buruk. Kami mengalu-alukan tindakan kerajaan Pulau Pinang merendahkan harga rumah...
Baca Lagi

Diabetes Pembunuh Dalam Senyap – CAP

Wabak Covid-19 dianggap penyakit yang amat serius sehingga negara-negara di seluruh dunia mengambil langkah drastik untuk membendungnya. Namun terdapat satu lagi pembunuh di sekeliling kita yang setiap tahun meragut nyawa dalam jumlah yang lebih besar berbanding Covid-19 iaitu diabetes mellitus. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 200 juta penduduk di seluruh dunia menghidap...
Baca Lagi