No products in the cart.

Day: Jun 10, 2021

LINDUNGI AIR TAWAR Kita

Ekosistem air tawar membekalkan makanan, air dan tenaga kepada berbilion orang, melindungi kita daripada kemarau dan banjir, dan menyediakan habitat unik untuk banyak tumbuhan dan haiwan termasuk satu pertiga daripada semua spesies bertulang belakang. Ekosistem ini terdiri daripada hutan bakau yang melindungi pantai kita daripada tsunami dan hakisan, tasik dan sungai yang padat dengan ikan dan...
Baca Lagi

HENTIKAN SEGERA PROJEK AKUAKULTUR DI ATAS TANAH-TANAH MILIK SADC DAN SEGERA SIASAT ISU SEWAAN TANAH-TANAH TERSEBUT KEPADA KOPERASI DAN SYARIKAT YANG DIKAITKAN DENGAN INDIVIDU YANG SAMA

  Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) sekali lagi menerima aduan daripada komuniti nelayan berhubung projek akuakultur (penternakan udang) di atas tanah hutan paya bakau (laut) milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC). Kali ini di atas tanah seluas 47 ekar di Kuala Bagan Tiang, Kerian, Perak. Dilaporkan kerja-kerja membersihkan...
Baca Lagi

Gesaan Supaya Dihentikan Cadangan Perlombongan Terbuka Bijih Mangan di Gua Musang, Kelantan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan tegas membantah cadangan perlombongan terbuka bijih mangan di Aring 6, Mukim Relai, Gua Musang yang akan merosakkan kawasan seluas 500 ekar dan menyebabkan pencemaran air yang serius, memusnahkan habitat hidupan liar, serta alam semula jadi yang seharusnya dilindungi dan dipulihara. Kami amat bimbang perlombongan terbuka/jalur yang dicadangkan untuk projek ini...
Baca Lagi

Pastikan lembu dan kerbau tempatan bebas dari Penyakit Kulit Berbonjol (LSD) – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar  (JPV) Malaysia agar  menjalankan program pemantauan untuk mengesan, mengawal dan mencegah penularan penyakit kulit berbonjol  (LSD) yang membabitkan ternakan di seluruh negara. Menurut laporan baru-baru ini, LSD yang menjangkiti kulit haiwan ternakan, dikesan di ladang lembu Simpang Pulai. LSD adalah penyakit...
Baca Lagi