7 HARI, 7 SAYUR

Selain membekalkan vitamin dan mineral, sayur-sayuran juga membekalkan fitokimia. Apa itu fitokimia? Fitokimia adalah bahan semulajadi yang berfungsi memberikan sesuatu warna, perisa, tekstur dan bau kepada sayur-sayuran, buah-buahan dan juga tumbuhan yang ada di bumi ini.

Kehadiran fitokimia yang dikenali sebagai fitonutrien juga memberi nilai tambah kepada sayur-sayuran kerana memberikan khasiat dan kebaikan kepada tubuh badan kita, di samping membantu penyerapan vitamin dan mineral yang lebih baik.

Oleh itu, amalkan pengambilan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 3 sajian setiap hari.

– Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu

(Sumber: Nutritionist KKM)