Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022: Tinjauan Kesihatan Remaja 2022,
1 daripada 10 remaja makan makanan segera sekurang-kurangnya 3 kali seminggu!
Remaja kerap mengambil makanan segera kerana makanan tersebut lazimnya mudah disediakan dan mempunyai rasa yang enak. Walau bagaimanapun, makanan segera memberi kesan buruk kepada kesihatan serta meningkatkan risiko obesiti kerana mengandungi kalori, gula, garam, bahan pengawet yang tinggi dan nutrisi yang rendah.
Oleh itu, remaja perlu mengehadkan pengambilan makanan segera dalam menu harian untuk menghindar penyakit kronik demi menjamin kesihatan pada masa depan.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia