Minum air yang mencukupi memastikan anda terhidrat dan membantu mengawal suhu tubuh dalam cuaca panas terik. Tetapi alam semula jadi mempunyai satu lagi sumber penghidratan yang sangat baik: buah-buahan dan sayur-sayuran.
Buah-buahan berair menyumbang kepada keperluan cecair keseluruhan tubuh iaitu kira-kira 20% daripada jumlah pengambilan air datang daripada makanan yang dimakan (termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan produk tenusu), 80% yang lain datang daripada apa yang anda minum.
Buah-buahan (dan juga sayur-sayuran) membekalkan vitamin, mineral dan nutrien lain yang memastikan anda kekal sihat. Dan elektrolit semula jadi, seperti kalium, yang terdapat di dalam sesetengah buah-buahan (contoh: tembikai), boleh membantu menghantar air ke dalam sel tubuh dengan lebih cepat.
Berikut adalah beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan air untuk dimakan semasa cuaca panas dan ketika berasa kering.