Minuman viral sememangnya menjadi pilihan terutamanya ketika cuaca panas ini. Sedar atau tidak, gula merupakan salah satu bahan utama yang memberikan rasa ketagihan terhadap minuman ini. Minuman boba sebagai contoh mengandungi hampir 20 sudu gula yang mana merupakan 2 kali ganda pengambilan gula dewasa dalam sehari.
Oleh itu, hadkan kekerapan dan jumlah pengambilan minuman viral dan utamakan pengambilan air kosong bagi memastikan anda kekal terhidrasi!
~ Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu
Sumber: Nutritionist KKM