“AGROEKOLOGI UNTUK SEMUA: Inisiatif di Malaysia” – KEBUN BANDAR

Lingesh dengan penyediaan EMnya.

MULLAIMALAR PRABAHAR
Agroekologi Bermula Di Rumah

“Kami membuat sendiri CECAIR ENZIM dan SUSU KACANG TANAH”

(Bahagian 2)

Semasa lawatan mingguan keluarganya ke kuil, dia mendapati sebahagian besar limau yang digunakan untuk beribadat itu akhirnya menjadi sampah. Dia membawa pulang limau itu.

Keluarganya kerap makan buah. Lingesh menggabungkan buah-buahan dan kulit limau dan melakukan percubaan dengan cara pembuatan EM sehingga dia memperoleh cecair yang berkesan yang boleh digunakan untuk pelbagai kerja pembersihan.

“Kami tidak membazirkan mana-mana kulit buah. Semua ditukar kepada cecair EM. Apabila kami menghasilkan lebih daripada apa yang kami perlukan, kami mengedarkannya secara percuma, pada masa yang sama menerangkan manfaatnya kepada penerima.

“Mencuci pinggan mangkuk dengan cecair ini mempunyai satu kelebihan. Tidak seperti pencuci pinggan mangkuk yang penuh dengan bahan kimia, air sisa selepas dibersihkan dengan EM boleh digunakan untuk menyiram tanaman. Dengan cara ini, tanaman tumbuh dengan sihat dan kita juga dapat menyelamatkan air daripada mengalir keluar,” tambah Prabahar.

 Anak perempuan Mullai, Sakanna, menemui cara mudah untuk menghalau lipas dengan cecair EM. “Apabila saya menyembur larutan EM ke atas lipas, wap daripada larutan itu membingungkan dan membekukan pergerakan lipas untuk seketika.

“Saya menggunakan masa itu untuk menangkap lipas dan membuangnya. Berbeza dengan semburan serangga yang melepaskan bahan kimia toksik ke udara, kaedah ini tidak mencemarkan alam sekitar dan selamat untuk semua,” tegasnya.

Kami tidak membazirkan sebarang sisa dapur. Walaupun sesetengah sisa ditukar kepada larutan EM, selebihnya dimasukkan ke dalam lubang kompos kecil yang telah kami sediakan di pinggir taman permainan yang terbiar. Apabila kompos sudah siap, kami menggunakannya untuk tanaman di balkoni.

CARA MEMBUAT LARUTAN EM

Di bawah ialah kaedah lingesh untuk menyediakan larutan EM:

  1. Ambil mana-mana kulit buah segar (buah sitrus lebih disukai kerana ia memberikan bau yang menyenangkan kepada hasil akhir) dan campurkan dalam bekas bersama-sama dengan gula merah dan air. Buah-buahan, gula merah, dan air hendaklah dalam nisbah 1:3:10.
  2. Tutup bekas dengan penutup dan biarkan ia menapai selama 3 bulan. Untuk bulan pertama, buka penutup setiap hari bagi melepaskan gas.
  3. Ayak dan gunakan larutan untuk membasuh pinggan mangkuk dan mengemop lantai.
  4. Gumpalan sisa daripada larutan boleh digunakan untuk menyental lantai bilik mandi dan tandas.

CARA MEMBUAT SUSU KACANG TANAH

Cara Mullaimalar menyediakan susu kacang tanah seperti di bawah:

  1. Rendam kacang tanah selama 8-10 jam. Keluarkan air yang direndam.
  2. Masukkan air sejuk yang masak dan kisar kacang sehingga halus.
  3. Ayak susu dengan kain bersih. Tambah air panas dan gula perang
  4. Tambah serbuk buah pelaga dan nikmati minuman.

Agroecology Fund