Kulat dalam makanan boleh memberi kemudaratan kepada kesihatan. Pengambilan makanan yang tercemar dengan kulat akan mendatangkan gejala-gejala yang tidak diingini yang boleh memudaratkan kesihatan.
Selain itu, kulat dalam makanan boleh menyebabkan perubahan berlaku pada makanan dan menjejaskan kualiti makanan.
Oleh itu, langkah pencegahan perlu diamalkan bagi memastikan makanan tidak dicemari kulat.
(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)