APA YANG ADA DALAM ROKOK?

Rokok mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Sesetengahnya terjadi secara semula jadi di dalam tembakau, dan yang lain terbentuk apabila memproses tembakau menjadi rokok.

Tahukah anda:

> Rokok mengeluarkan lebih 5,000 bahan kimia yang berbeza apabila ia dibakar dan kebanyakan bahan kimia ini beracun.

> Sekurang-kurangnya 70 bahan kimia dalam asap tembakau menyebabkan kanser.

> Tiada paras selamat bagi merokok. Berhenti sepenuhnya adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk kesihatan.

Sumber: Cancer Research UK