Teh Tarik sememangnya sukar ditolak dengan rasanya yang manis, berlemak dengan tehnya yang pekat. Tetapi tahukah anda bahawa kandungan gula dan lemak yang tinggi pada krimer manis di dalam teh tarik mampu meningkatkan risiko penyakit kronik pada masa hadapan jika diambil berlebihan?
Risau kan? Jom ikut tip di bawah:
~ Kurangkan sukatan krimer manis dalam minuman.
~ Gantikan krimer manis dengan susu segar secara sederhana.
~ Pesan minuman kurang manis atau tanpa gula jika makan di luar.
Mari amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan pengambilan minuman manis dan pilihlah air kosong sebagai pilihan utama.
Kurang Manis, Lebih Baik. (Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Sembilan)
Sumber: Nutritionist KKM