BADAM – BAIK UNTUK PEMULIHAN SENAMAN

Mengambil snek badam setiap hari boleh membantu pemulihan dengan lebih cepat daripada aktiviti senaman. Badam dapat menyembuhkan kerosakan otot, kesakitan dan keradangan yang disebabkan oleh aktiviti senaman, demikian menurut satu kajian terbaharu dalam Frontiers in Nutrition.

Dalam satu percubaan selama 4 minggu, lelaki dan wanita yang mengambil 57 gram badam (kira-kira 2 genggam) dapat mengurangkan kerosakan otot dan keletihan, serta kekuatan selepas bersenam yang lebih baik. Mereka juga mempunyai peningkatan 69% dalam paras asid 12,13-dihydroxy-9Z-octadecenoic (12, 13 diHOME) iaitu penanda kepekaan insulin yang lebih baik. Kepekaan insulin yang meningkat memberi manfaat kepada hampir setiap organ dan tisu dalam tubuh ini dapat memberikan kesihatan otak yang lebih baik, kehilangan lemak yang lebih mudah, kurang mengidam dan rasa lapar, serta mengurangkan risiko terhadap semua penyakit.

Badam adalah pemakanan yang bermanfaat untuk semua orang, bukan hanya mereka yang melakukan senaman yang aktif. Hanya 57 gram badam mengandungi: 12 gram protein, 17 gram lemak tak tepu mono, 6.6 gram lemak tak tepu poli dan 6.6 gram serat. Saiz hidangan yang sama ini juga menyediakan 96% nilai harian Vitamin E, 36% nilai harian magnesium, 1.4 gram asid amino arginine, dan 1.75 gram asid amino rantai bercabang (BCAA) yang merupakan sekumpulan asid amino penting iaitu leucine, isoleucine, valine.