BAGAIMANA MENGGUNAKAN KULIT OREN UNTUK MENGHALANG SERANGGA & MAKHLUK PEROSAK

(Gambar: I Support Farmers Markets)

Jangan buang kulit oren. Gunakannya semula menjadi semburan pepijat di rumah. Pati minyak dalam kulit oren menghalau nyamuk dan lalat. Hanya potong kulit dan masukkannya ke dalam balang yang dipenuhi dengan cuka putih selama beberapa hari, kemudian tapis dan gunakan.

Kulit oren juga boleh digunakan untuk membuat semburan di taman untuk menghalang dan menyingkirkan makhluk perosak seperti lintah bulan, kutu daun, semut, lalat putih dan lalat buah. Hanya rebus beberapa kulit oren dalam secawan air selama 10 minit, dan tapis ke dalam botol semburan setelah ia sejuk. Semburkan cecair ini setiap 3-4 hari pada tumbuhan.

Anda juga boleh taburkan kepingan kulit segar yang dicincang berhampiran pangkal tumbuhan untuk membantu menjauhkan perosak dan tikus.  Gantikan kulit apabila ia kering.