Berikut adalah 5 panduan untuk membantu tidur dengan lebih lena
1. Konsisten. Tidurlah pada waktu yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi, termasuk pada hujung minggu.
2. Jika boleh, jadikan tempat tidur tenang, gelap, santai dan pada suhu yang selesa.
3. Hadkan penggunaan peranti elektronik, seperti TV, komputer dan telefon pintar, sebelum tidur.
4. Elakkan makan banyak, kafein dan alkohol sebelum tidur.
5. Lakukan senaman. Bergerak aktif secara fizikal pada waktu siang boleh membantu tidur dengan lebih mudah pada waktu malam.
Sumber: WHO