
Kerja berlebihan boleh menjejaskan kesihatan. Waktu yang panjang biasanya ditakrifkan sebagai lebih daripada 45 atau 55 jam seminggu mungkin dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, penyakit jantung, pradiabetes dan kemurungan.
Kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati bahawa bekerja secara purata 55 jam atau lebih setiap minggu meningkatkan risiko strok sebanyak 35% dan risiko untuk mati akibat penyakit jantung sebanyak 17%, berbanding dengan purata 35-40 jam seminggu bekerja.
Dalam bahasa Jepun, terdapat istilah khas bagi kerja berlebihan iaitu “karoshi”, yang bermaksud “kematian akibat terlalu banyak bekerja”.
Jangan biarkan terlalu banyak kerja meletihkan dan menjejaskan kesihatan.
Jika merasa sukar untuk mengalihkan fikiran daripada bekerja walaupun selepas waktu bekerja, ini mungkin petanda bahawa anda keletihan. Tidak dapat melepaskan diri boleh menyebabkan tahap tekanan yang lebih tinggi dan menghalang daripada mendapat rehat yang berkualiti.
Dapatkan keseimbangan kerja-kehidupan yang sihat. Anda manusia, bukan mesin. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat.