Pada 8 Jun 2024, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berjaya menganjurkan Bengkel Penjimatan Tenaga dan Kecekapan untuk guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj. Mohamed Nor Ahmad, di Gelugor, Pulau Pinang. Seramai 96 orang guru yang hadir dengan penuh bersemangat daripada 34 buah sekolah di Pulau Pinang, semuanya berdedikasi untuk belajar dan membawa kembali pengetahuan berharga kepada pelajar mereka untuk memerangi perubahan iklim.
Kami amat berbesar hati kerana Dr Lee Hui Jing dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sanggup berkongsi kepakaran beliau dalam pengauditan tenaga. Pengauditan Tenaga ialah pemeriksaan dan analisis mengenai cara tenaga digunakan di dalam bangunan. Ia bertujuan untuk mencari cara untuk menjimatkan tenaga tanpa menjejaskan prestasi. Proses yang boleh digunakan untuk mengurangkan penggunaan tenaga ialah dengan membersihkan penapis penyaman udara, melakukan penyelenggaraan secara tetap, menggunakan lampu LED, dan menggunakan peralatan cekap tenaga.
Ceramah menarik oleh Dr Lee dan aktiviti secara langsung melengkapkan guru dengan kemahiran praktikal untuk melaksanakan langkah penjimatan tenaga di sekolah mereka. Para peserta menggunakan peralatan seperti lux meter (peranti untuk mengukur kecerahan), humidity meter (peranti untuk mengukur jumlah wap air atau kelembapan di udara), dan velocity meter (peranti untuk mengukur kelajuan atau aliran udara atau angin) untuk mendapatkan pengalaman dalam pengauditan tenaga.
Bersama-sama, kami membincangkan keperluan mendesak untuk mengurangkan penggunaan tenaga untuk memerangi perubahan iklim, dengan menekankan bahawa setiap usaha kecil adalah penting. Dengan memperkasakan guru dengan pengetahuan ini, kami berhasrat untuk mencipta kesan riak yang meluas dari sekolah ke rumah dan komuniti pelajar.
Marilah kita bersama-sama meneruskan langkah kecil ini ke arah masa depan yang lebih mampan dengan mematikan lampu, menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan jejak karbon kita. Setiap tindakan membuat perbezaan!
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang bagi menjayakan bengkel ini. Marilah kita berusaha untuk masa depan yang lebih hijau dan cerah bagi generasi akan datang!
#SaveEnergy #EnergyEfficiency #SustainableConsumption #EnergyAuditing