BERAT BADAN BERLEBIHAN DAN RISIKO KANSER

Adakah anda sedar dan tahu risiko terjadinya kanser apabila anda mempunyai berat badan yang berlebihan? Pengambilan makanan tinggi kalori secara kerap dan tidak terkawal boleh menyumbang kepada masalah berat badan yang berlebihan.

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Malaysia 2019 (NHMS), 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes. Berlebihan berat badan dapat meningkatkan 13 risiko kanser termasuklah kanser rahim, kanser perut, kanser usus besar dan kanser esofagus.

Sekiranya anda tergolong dalam kumpulan yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obes, anda perlu berusaha untuk menurunkan berat badan kepada berat badan yang ideal. Amalkan tip berikut untuk mengurangkan risiko obesiti dan kanser:

> Kekalkan indeks jisim tubuh (IJT) yang normal.

> Pemakanan yang seimbang dengan konsep Pinggan Sihat Malaysia.

> Lebihkan pengambilan sayur, buah dan serat dalam pengambilan makanan.

> Kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak, minyak, gula, garam dan makanan segera.

> Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

~ Nutritionist Perak

(Sumber: Nutritionist KKM)